Sunday, May 17, 2009

12 Waktu Mustajab Untuk Berdoa


Selain usaha dan tawakal,doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat.Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t.


Di antaranya ialah:-

1.Semasa malam Lailatul-Qadar.

2.Ketika hujan turun.

3.Ketika memulakan dan setelah selesai solat.

4.Ketika menghadap musuh di medan peperangan.

5.Di tengah malam.

6.Diantara azan dan iqamah.

7.Ketika sujud dalam solat.

8.Ketika iktidal akhir dalam solat.

9.Ketika khatam 30 Juzuk Al-Quran

10.Sepanjang malam,paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir(waktu sahur)

11.Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharap bersua dengan saat ijabah(diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

12.Di antara waktu Zuhur dan Asar dan antara waktu Asar dan Maghrib.

No comments: