Sunday, May 17, 2009

12 Waktu Mustajab Untuk Berdoa


Selain usaha dan tawakal,doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat.Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t.


Di antaranya ialah:-

1.Semasa malam Lailatul-Qadar.

2.Ketika hujan turun.

3.Ketika memulakan dan setelah selesai solat.

4.Ketika menghadap musuh di medan peperangan.

5.Di tengah malam.

6.Diantara azan dan iqamah.

7.Ketika sujud dalam solat.

8.Ketika iktidal akhir dalam solat.

9.Ketika khatam 30 Juzuk Al-Quran

10.Sepanjang malam,paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir(waktu sahur)

11.Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharap bersua dengan saat ijabah(diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

12.Di antara waktu Zuhur dan Asar dan antara waktu Asar dan Maghrib.

Thursday, May 14, 2009

What is stress?


Tindak balas individu terhadap satu peristiwa yang berlaku yang memerlukan individu tersebut membuat penyesuaian dalam dirinya mahupun persekitaran.Stress merupakan sebahagian dari kehidupan dan kita tiak boleh lari dari mengalaminya.Lebih 10% daripada kita mengalami stress dalam kehidupan seharian.
Stress berbeza antara seseorang individu.Stress yang baik ialah stress yang optimum untuk memberi stimulasi dan motivasi dalam kehidupan seharian.

PUNCA-PUNCA STRESS:-
*Cita-cita yang tidak realistik.
*Peristiwa masa lampau.
*Penceraian/kematian/putus hubungan.
*Bebanan kerja yang keterlaluan.

Simtom Stress:-
*Fizikal
a.sakit kepala/pening/tidak lalu makan.
b.tekanan darah naik.
c.masalah haid/seksual.
d.selalu berdebar.

*Ganguan emosi
a.mudah marah.
b.berasa sedih.
c.masalah tidur(insomnia).
d.cepat putus asa.

*Ganguan fikiran
a.fikiran bercelaru/hilang fokus/pelupa.
b.was-was/sukar buat keputusan/ragu-ragu

*Perubahan tingkah laku
a.pengunaan arak/dadah/makan berlebihan/merokok berlebihan.
b.tindakan melulu/mengasingkan diri.
c.lepak/bohsia/lari rumah.

CARA MENGATASI STRESS:-
-menyedari kewujudannya.
-kenali punca2 stress.
-bijak kendali masa.
-amalkan cara hidup sihat.
-bijak kawal perasaan marah.
-belajar menyayangi diri.
-mengamalkan ciri2 moral/keagamaan.

JIKA MASIH TIDAK BERJAYA,SILA HUBUNGI DOKTOR ANDA....